Selasa, 01 Mei 2012

Kata - Kata Bijak



  1. Kata Kata bijak terbaru dan Terbaik
  2. Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
  3. Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
  4. Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
  5. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
  6. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  7. Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
  8. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
  9. Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
  10. Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
  11. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  12. Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
  13. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
  14. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
  15. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
  16. Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
  17. Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
  18. Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
  19. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
  20. Kata Kata Bijak terbaru dan terbaik
  21. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  22. Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
  23. Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
  24. Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
  25. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  26. Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
  27. Kata kata bijak terbaru dan terbaik
  28. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
  29. Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
  30. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
  31. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
  32. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
  33. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
  34. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
  35. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
  36. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
  37. Berani mengambil keputusan. Setiap keputusan pasti memiliki resiko. Jangan pernah ragu terhadap setiap keputusan yang Anda ambil. Rencanakan segala sesuatunya dengan matang sehingga resiko buruk bisa dihindari.
  38. Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
  39. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  40. Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
  41. Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
  42. Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
  43. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
  44. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
  45. Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
  46. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
  47. Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
  48. Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
  49. Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
  50. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
  51. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  52. Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
  53. Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
  54. Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
  55. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. – Charles Cahier
  56. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
  57. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
  58. Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
  59. Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
  60. Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
  61. Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
  62. Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
  63. Jangan menunggu orang lain memotivasi Anda, tapi motivasilah diri Anda sendiri.
  64. Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
  65. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  66. Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
  67. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
  68. Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
  69. Kata Kata Bijak Terbaru dan Terbaik
  70. Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
  71. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
  72. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. – Peribahasa CinaKebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
  73. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
  74. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
  75. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier
  76. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
  77. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
  78. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  79. Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
  80. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  81. Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
  82. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  83. Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
  84. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  85. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse
  86. Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
  87. Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
  88. Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
  89. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
  90. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  91. Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
  92. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
  93. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  94. Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
  95. Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
  96. Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
  97. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  98. Jadilah pemenang. Tanamkan keyakinan yang kuat bahwa Anda adalah pemenang. Iringi keyakinan ini dengan upaya yang optimal untuk meraih sukses.
  99. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

0 komentar:

Posting Komentar